KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Sunday, August 21, 2011

RESEPI KUIH TAKO

Kawan-kawan banyak minta beberapa jenis resipi yang aku selalu buat..jadi tak salah untuk share ilmu dengan diaorang..tadi dah post tentang resipi nak buat puding karamel.sekarang akunak ajar buat KUIH TAKO =)

BAHAN-BAHAN

Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 tin jagung
5 cawan air
Esen Pandan
Pewarna Hijau

Lapisan Atas
1 cawan tepung jagung
5 Cawan santan
Garam secukupnya


LANGKAH-LANGKAH

LAPISAN BAWAH

1.Pertama sekali campurkan semua bahan di bahagian lapisan bawah dan gaulkan di dalam periuk anda. Mula panaskan api dan masakkan ia sehingga menjadi likat.
2.Petua nak tahu dah masak ialah try untuk titiskan bahan yg dimasak kat piring,tunggu sejuk kejap then cuit dengan jari,,kalau melekat kat jari tu dah di kira masak =)
3.Selepas dah masak,tuangkan ke dalam acuan daun pandan..tuangkan bahan ini separuh sahaja ye =)

LAPISAN ATAS

1. Campurkan bahan2 dan panaskan di api yang menyala..
2.Petua yang sama nak tahu sama ada dah masak ke belum.
3.Dah masak, tuangkan ke dalam acuan yg dah di isi dengan bahan lapisan baw
ah =)

PASTIKAN BAHAN2 INI DIKACAU SENTIASA DI DALAM PERIUK SEHINGGA MASAK.









SELAMAT MENCUBA SEMUA!!

p/s: aku ada buat video cara nak buat kelongsong kuih tako ni,,kalau sapa nak cakap ea =)

2 comments:

BibiSakira said...

aku kenal speaker biri2 tuh!:p

Lin Azlina said...

owh..takyah guna tepung dia erk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...