KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Saturday, June 13, 2020

PERKHIDMATAN URUT / TUKANG URUT/ MASSEUR / SPORT MASSAGE / URUT BATIN / URUT TRADISIONAL / URUTAN SUKAN AREA BANGI, PUTRAJAYA, SENAWANG, SEREMBAN, NILAI, KLIA, SEPANG, SEKITAR KUALA LUMPUR, SEKITAR NEGERI SEMBILAN


Assalamualaikum WBT.

Ini merupakan post terbaru saya mengenai perkhidmatan urutan / urut yang saya jalankan. Ketika ini saya sudah menetap di Seremban dan memberikan perkhidmatan urutan secara panggilan luar (outcall) iaitu ke rumah pelanggan. Kepada sesiapa yang mencari pekhidmatan urutan tradisional, urutan batin lelaki atau urutan sukan boleh menghubungi saya.



Saya mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan ini sejak dari tahun 2014 hingga kini. Alhamdulillah banyak pelanggan yang berpuas hati dan masih memanggil saya untuk mendapatkan perkhidmatan. 




Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan massage boleh hubungi saya di talian terterta. Whatsapp atau SMS sahaja untuk temu janji atau sebarang pertanyaan. Panggilan tidak akan di layan. Kawasan untuk saya ke rumah tuan-tuan adalah di sekitar Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Sekitar Negeri Sembilan, Seremban, Nilai dan sekitar Kuala Lumpur. Perhatian! Perkhidmatan Massage yang saya jalankan hanyalah untuk lelaki sahaja. Maaf kepada ibu-ibu di luar sana ya. Mengenai harga saya akan maklumkan di dalam whatsapp selepas anda menghubungi saya melalui SMS ataupun whatsapp. 


WHATSAPP SAHAJA!!! 

Firdaus - 0194525109

Thursday, February 11, 2016

PERKHIDMATAN URUTAN TRADISIONAL MELAYU, URUTAN BATIN / TENAGA LELAKI & SPORT MASSAGE DI AREA CYBERJAYA, PUTRAJAYA, SHAH ALAM, BANGI, KAJANG, KUALA LUMPUR, PUCHONG, SEREMBAN, NILAI, SEPAN


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah sekarang ini boleh dikatakan setiap hari dapat panggilan, sms, whatsapp dari orang ramai yang nak buat janji temu untuk perkhidmatan urut. Sebelum ini saya hanya menawarkan perkhidmatan Sport Massage tetapi disebabkan terlalu ramai permintaan untuk urutan tradisional melayu dan urutan batin, saya telah pun mengikuti Kursus untuk kedua-dua jenis urutan tersebut.

Kursus Urutan Tradisional dan Urutan Batin saya jalankan di Pusat Terapi Syifa. Jadi InsyaAllah sekarang ini saya menawarkan 3 jenis urutan untuk mereka yang memerlukan. Kepada sesiapa yang sedang mencari medical card juga boleh menghubungi saya kerana saya merupakan ejen PruBSN Takaful Insurans.


Di bawah ini saya sertakan sedikit info mengenai diri saya untuk anda ketahui. 


Mohamad Firdaus Ahmad
(PruBSN Takaful Agent)

Diploma in Sports Studies - UiTM (2008-2011)
Bachelor in Sport Management - UiTM (2011-2013)
Master in Sport Management - UKM (2013- present)

Certificate:
Sport Massage Level 1 (Equal Fitness)
Malay Traditional Massage (Pusat Terapi Syifa)
Urutan Batin (Pusat Terapi Syifa)


Outcall: 
Area A,mpang, Cheras, Petaling Jaya, Damansasara, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang, Nilai, Puchong, Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban, Sepang

Contact:
019-4525109 
(Whatsapp sahaja!)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai caj yang dikenakan dan untuk membuat temu janji, sila hubungi saya di nombor yang tertera melalui whatsapp atau sms sahaja. Sebarang panggilan tidak akan dilayan. Suka diingatkan bahawa perkhidmatan urutan yang ditawarkan hanyalah untuk lelaki sahaja. 


PERHATIAN!
 INI BUKAN PERKHIDMATAN SEKS / PEMUAS NAFSU DAN SEGALA BENTUK PERTANYAAN YANG BUKAN ATAS URUSAN YANG SEBENAR TIDAK AKAN DILAYAN SEPERTI CONTOH DI BAWAH !




Untuk peringatan juga, saya tidak akan melayan urusan yang tidak berkaitan. Saya mencari rezeki yang halal melalui perkhidmatan yang saya tawarkan. Mohon anda semua tidak salah faham. Kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih. InsyaAllah.

Latest update 16/6/2020






Monday, January 25, 2016

SPORT MASSAGE / TRADITIONAL MASSAGE IN KUALA LUMPUR, SHAH ALAM, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, SEREMBAN, SEPANG & KLANG VALLEY








 
Assalamualaikum WBT.



Hello, my name is Firdaus. I'm fully qualified male masseur with more than 2 years experience for real massage. I can provide different massage types that will leave you feeling totally refreshed and satisfied. My massage place is in my house (Cyberjaya) with well equipped. I do out call service too. 

Featured massages: 
Sport Massage & Traditional Malay Massage

Rate: 
Incall - RM 60.00 per hour, Outcall - Distance Charge

Qualification:
Diploma of Sport Studies (UiTM)
Bachelor of Sport Management (UiTM)
Master of Sport Management (UKM)
Certified Sport Massage Level 1 Courses

Contact:
Firdaus
+6019-4525109
(Whatsapp)

THIS IS NOT A SEXUAL SERVICE!!!


General info:

Sports massage is ideal to treat injuries and as well as a preventative treatment dealing with the health of muscle and connective tissue, range of movement, tone, symmetry, balance of muscle and quality of posture. Sports massage should be part of your winning game plan. Deep tissue massage works with passive stretching to maximize results for physically active men. The massage prepares and stimulates the primary muscle groups used during most physical activity and increases range of motion.

Traditional Malay massage is based on the kampung massage practice. This comprehensive and effective massage therapy helps to relax the nerves and mind. Also popularly perceived as an efficient pre and post natal massage as it helps to improve blood circulation and stimulate nerves, traditional Malay massage involves stretching, stepping, long kneading strokes and pressure applied to every part of the body, from the head, face, abdomen, body to the toes of the feet. A traditional deep tissue massage that uses your choice of aromatic natural oil blends, the Malay Traditional Massage improves vitality, restores muscle tone, detoxifies the body, stimulates new cell growth and encourages smooth blood circulation.










Sunday, June 14, 2015

ACADEMIC VISIT :: BEIJING SPORT UNIVERSITY, CHINA 2015



Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ini khas saya nak kongsikan pengalaman ketika mengadakan Lawatan Sambil belajar ke Beijing Sport University (BSU). Persediaan keseluruhan dari aspek tempahan tiket kapal terbang, surat menyurat dan sebagainya mengambil masa selama 2 bulan lebih. Banyak pengalaman berharga untuk diri saya sendiri bertindak sebagai Setiausaha Program. Sebelum ini dah biasa dengan prosedur dan urusan pejabat di UiTM, tapi sekarang ini situasi yang berbeza apabila berada di UKM.

Kami mengadakan lawatan ke BSU pada hari Khamis bersamaan 4 Jun 2015 dan tiba di dalam kawasan BSU tepat jam 8.00 pagi dan terus dibawa ke bilik mesyuarat khas untuk sesi taklimat dan pengenalan. Rombongan kami terdiri daripada 29 orang Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang mengambil Kursus Kecergasan Jasmani Lanjutan di bawah  Pensyarah Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr Norlena Binti Salamuddin.

Wakil dari pihak BSU adalah Prof. Hua Yongmin merupakan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Luar Negeri menjadi pengantara di dalam bilik mesyuarat. Pada awalnya, tayangan Video durasi 12 minit ditayangkan bagi menunjukkan perkembangan dan sejarah BSU sejak universiti tersebut ditubuhkan. Kejayaan dan pencapaian yang diperoleh oleh pihak BSU turut ada di dalam tayangan.


Air minuman yang disediakan. Botol kecil ini sangat berguna untuk dibawa ke toilet.



Ketika taklimat dan sesi soal jawab berlangsung.



Kita selfie sikit yang kita duduk sebelah orang kuat BSU ni.



Selesai sesi taklimat dan soal jawab di bilik mesyuarat, kami semua dibawa ke Perpustakaan BSU bagi melihat situasi yang ada. Perpustakaan di BSU terdapat 4 aras. Dari segi pemerhatian saya, perpustakaan di BSU masih menggunakan tema zaman dulu-dulu macam di sekolah. Tak sama dengan Perpustakaan UKM dan UiTM yang moden. 



Prof. Hua menunjukkan koleksi jurnal yang telah dibuku kan.



Suasana di Perpustakaan BSU. Macam dekat sekolah-sekolah kan!



Selesai lawatan di Perpustakaan BSU, kami bergerak menuju ke Bangunan Pusat Kajian Sains Sukan. Dekat sini, apa yang diterangkan mengenai kemudahan yang ada adalah cukup-cukup baik dan terkini. Nak dibandingkan dengan Universiti di Malaysia, masih ketinggalan. BSU bukan sahaja melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang mampu menggapai Emas di Sukan Olimpik malah mampu untuk menghasilkan kajian-kajian yang bermanfaat untuk atlet-atlet mereka sendiri.




Berada di pintu masuk Pusat Penyelidikan Sains Sukan, BSU




Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang berjaya menjejakkan kaki ke sini.



Tokoh-tokoh akademik yang berjaya dalam kajian sains sukan yang dijalankan.



Koleksi jurnal-jurnal yang dihasilkan oleh warga BSU yang telah diterbitkan di peringkat Antarabangsa.



Kajian-kajian mengenai Hypoxia.



Taklimat mengenai kemudahan yang ada oleh pelajar degree BSU.












Bilik ini sangat istimewa kerana boleh diubah suhu mengikut suhu yang diperlukan. Terdapat lebih dari 15 bilik seperti ini di BSU.




Seterusnya kami dibawa ke Indoor Stadium yang complete ada kemudahan untuk training acara track & field. Sungguh-sungguh kagum! Sewaktu lawatan, atlet-atlet gimrama dan gimnastik sedang menjalankan latihan bersama jurulatih mereka.



Indoor Stadium yang membolehkan atlet berlatih di sini sewaktu hujan.



Kami bakal membawa perubahan terhadap sukan di Malaysia. InsyaAllah!



Tu tu tengok adik-adik kecil kat belakang sana tu!



Atlet-atlet gimnastik sedang berlatih bersama jurulatih mereka.















Hall of fame



Atlet-atlet yang berjaya meraih pingat Emas Olimpik



Ada lagi beberapa tempat lawatan yang dibawa oleh pihak BSU tapi saya tak sempat nak ambil gambar. Selesai melawat tempat-tempat yang terpilih yang ada di BSU, kamu dibawa ke Kedai Cenderahati BSU untuk membeli hadiah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, saya sendiri tak dapat nak gambarnya betapa kagumnya saya terhadap kemudahan yang ada di Universiti ini. Sememangnya saya sendiri tak pernah melihat kemudahan-kemudahan seperti ini di UKM mahu pun UiTM (mungkin sebab saya tak pernah pergi lagi kot). Apa yang saya boleh katakan ialah sekiranya kamu (pembaca) dapat peluang untuk pergi ke tempat orang, maka jawapannya pergilah. Biarlah kita keluarkan duit lebih sedikit tapi pengalaman yang dibawa pulang tu adalah sangat tidak ternilai.

Bila saya balik mengajar di UiTM tak lama lagi, saya akan cuba untuk bawa pelajar-pelajar saya pula melihat akan perbezaan yang ada di Malaysia dan di sini. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.



 Pengalaman berharga yang tak mungkin di lupa sampai bila-bila. Terima Kasih kepada Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr. Norlena Binti Salamudin diatas kesungguhan untuk membawa kami semua ke sini.


Akhir kata, saya tak menyesal keluarkan duit sendiri RM2600 untuk ke sini. Secara jujur, apa yang saya saksikan sendiri adalah cukup-cukup bermakna untuk dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia. Mungkin pengalaman yang ada ini boleh saya gunakan sewaktu saya mengajar di UiTM nanti, InsyaAllah.

Untuk makluman, BSU ada menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar luar negara. Kepada sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang. Rajin-rajinlah visit website BSU. Sesiapa yang dapat peluang belajar dekat sini pastinya beruntung sebab ada benda yang ada di sini tidak ada di Malaysia. Tidak mustahil lah Universiti ini mampu melahirkan lebih dari 10 orang atlet yang mampu mendapat pingat Emas di Temasya Sukan Olimpik sebelum ini. Tahniah dan Syabas!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...