Alhamdulillah..Pertandingan Nyanyian Lagu Asli untuk Program Integrasi Nasional 2012 di UiTM Dungun, Terengganu telah pun tamat. (Padahal dah lama tamat tapi aku baru nak story2) hahahaha... Syukur sekali lagi aku berjaya mendapat JOHAN dan menewaskan 10 pesaing daripada UiTM Se-Malaysia yang lain. *Banner kat atas ni unit korporat uitm perlis yang buat and send kepada Users of UiTM Perlis.Thanks ye =)
Walaupun aku disabotaj oleh pihak penganjur,Allah tetap berikan rezeki dekat aku untuk menang.SABOTAJ??Hah macam mana tu? Meh aku story skit. Bayangkan aku dah ready 2 bulan awal untuk nyanyian lagu asli ni sebelum bertanding..Awal-awal lagi aku dah beritahu kepada Pegawai Kebudayaan yang aku nak bawa lagu Gunung Banang dan minta pegawai aku untuk carikan minus one.Then pegawai aku dah hubungi penganjur untuk dapatkan minus one gunung banang tu. Penganjur kata ada minus one lagu tu dan akan emailkan kepada pegawai aku..Tapi sampai esok aku nak gerak ke Terengganu tak de nya di emailkan pun minus one nya. Dalam tempoh sebulan lebih pegawai aku keep msg and ask the minus one from the organizer..
Then, pegawai aku kata, "Epi,ko redha je,nekad bila sampai UiTM Dungun minta minus one lagu tu"..So, aku pun redha tapi banyak lah alasan diaorang, sampai kan waktu rehearsal baru aku dapat nyanyi lagu Gunung Banang tu dengan minus one..Sampai salah masuk lagu pulak tu waktu rehearsal sebab aku tak biasa training dengan minus one..Arghhh..malas nak cerita panjang-panjang sebab aku yang sakit hati nanti. Tapi Alhamdulillah waktu pertandingan aku perform juga...
Tapi yang kelakarnya, Pegawai Kebudayaan sana msg dgn pegawai aku tanya kenapa U punya budak kecoh-kecoh and buat-buat cerita ttg penganjur itu ini..Hahahahha..Aku tak akan bising kalau penganjur tak berjanji awal-awal..Dah berjanji kena tunaikan, tak payah la aku tunggu berbulan-bulan..huuu..Begitu lah serba sedikit ceritanya.. Sehari sebelum pertandingan dah la peserta banyk sakit perut kena keracunan makanan...Aku cuma inform dekat LO,,,tup2 LO perempuan tu marahnya aku balik!!arghh...apa lah punya perempuan..Harap cantik tapi....ish33...
Dah-dah cukup lah sedikit je benda yang tak elok tu..Tapi sebenarnya benda yang aku nak puji is perjalanan program yang penganjur buat semua berjalan dengan lancar...Memang best dan tak ada masalah..Seronok lah...teratur je semua aktiviti..Yang paling gempak is waktu Dinner malam penutup!!AWESOME!!! Ala-ala kampung gitu...Congratez penganjur sebab korang berjaya memberikan impak kepada peserta-peserta yang datang.. Aku boleh bagi rate overall program korang buat sebanyak 82% la...hahahahaha...Siap ada peratus kan...kih33...tahniah lagi sekali..
Lastly, kenangan terindah aku dekat sana bila aku rapat dengan adik-adik UiTM Perlis sndiri (Suhaily, qiqi, fara, diana, amirul, apex, afif, yusri, nyot, wani, aishah, ekin dan mirah)..Thanks a lot guys...Gelak ketawa kita kat sana tak mungkin dilupakan! Chayok2..Buat yg terbaik untuk apa jua yang akan korang tempuhi lepas ni ye =)













