KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Saturday, February 28, 2015

CORETAN RINGKAS BUAT MU AYAH !!!!


Assalamualaikum W.B.T

Sebelum memulakan entry kali ini, diharap kepada pembaca semua dapat membacakan surah Al-Fatihah dan disedekahkan kepada arwah bapa dan arwah abang saya iaitu Allahyarham Haji Ahmad Bin Haji Jaafar yang telah pun meninggal dunia 2 tahun yang lepas iaitu seminggu selepas perginya Allahyarham Haji Musa Bin Ahmad ke rahmatullah.

Sebenarnya dari awal pagi tadi saya nak menulis coretan ringkas buat arwah Ayah saya. Ya! saya tahu dia pasti tidak dapat membaca dan mengetahui apa yang saya tulis untuknya, tapi cukuplah coretan ini dijadikan kenangan manis untuk diri saya dan mungkin berguna untuk orang lain yang menghadapi situasi yang sama.

Semalam adalah hari lahir arwah Ayah. Ramai adik-beradik saya yang post di ruangan facebook mereka tentang kerinduan dan kesedihan yang ada terhadap arwah Ayah. Lagikan semalam merupakan ulang tahun kelahirannya. Pasti amat terasa kerana setiap tahun adik-beradik saya tidak terlepas untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada arwah Ayah sama ada melalui panggilan telefon ataupun sms. Sudah 2 tahun rutin tahunan kami semua sudah tiada lagi. Hanya kenangan yang ada mampu mengimbau keadaan sebelum ini.

Saya tahu setiap awal tahun arwah Ayah mempunyai azam dan hasrat yang ingin dicapai. Begitu juga apabila tibanya ulang tahun kelahiran. Harapan arwah Ayah yang paling besar adalah untuk menyatukan keluarnya yang besar ini untuk menjadi keluarga contoh yang cemerlang. Arwah Ayah pergi dengan meninggalkan 13 orang anak (3 orang lagi telah meninggal dunia). Saya cukup bersyukur kerana sejak dari kecil kami semuanya rapat walaupun tinggal berasingan rumah. Berkumpul beramai-ramai apabila tibanya hari mulia, begitu juga hari-hari yang lain.

Tak lama lagi, sekiranya diizinkan Allah SWT kami semua satu keluarga besar akan bercuti bersama untuk Family Day di Port Dickson. Menarik kan! Sangat teruja untuk berkumpul beramai-ramai dengan semua adik-beradik yang lain. Sekiranya arwah Ayah ada lagi, saya yakin dia akan gembira melihat apa yang berlaku dalam keluarganya.



"Ayah! Ayah tak perlu risau. Kami semua akan  sentiasa ingat harapan Ayah terhadap keluarga. Kami semua anak Ayah. Ayah jangan risau ye!"

Teringin sangat untuk mengungkapkan kata-kata ini kepada arwah Ayah. Tapi saya kena tahu, realitinya arwah Ayah sudah tiada. Fuhhhh... Tak tertanggung air mata ni.... Jujur saya katakan, saya tak menangis langsung sewaktu arwah Ayah pergi disebabkan waktu itu saya memang redha akan pemergiannya. Seminggu sebelum arwah Ayah pergi saya dapat pelukan yang cukup erat dari arwah Ayah. Waktu itu saya ingat kata-kata terakhir dari dia...

"Epi...Jaga diri baik-baik ye...Belajar elok-elok..."

Ungkapan ini sudah cukup buat diri saya menangis ketika menulis entry ini. Ya Allah....Tak tertanggung rasa hati ini. Arwah Ayah tak pernah peluk saya seperti itu selama ini...dan rupa-rupanya itu adalah pelukan yang pertama dan terakhir dari dia........Ayah! Epi rasa rindu sekarang ni dekat Ayah..Walaupun dulu Epi tak suka Ayah sebab kena pukul, kena marah.. Tapi Ayah buat semua tu ada sebab...Kalau Ayah tak buat semua tu, Epi tak ada dekat tempat yang Epi ada sekarang ni.. Maafkan Epi ye Ayah!

Nak berkongsi cerita yang panjang tapi tak mampu. Sedih, pilu, rindu semuanya ada. Cuma apa yang saya nak sampaikan dekat sini, hargailah ibubapa kita yang masih ada. Bila mereka dah tiada, kita tak akan mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Hanya doa sahaja dapat kita sampaikan kepada mereka. Saya tak banyak gambar bersama arwah Ayah. Gambar di bawah ini jelas menunjukkan muka arwah Ayah yang gembira dengan kejayaan saya. Apa-apa pun terima kasih Ayah, tiada Ayah! tiadalah saya di dunia ini. AL-FATIHAH buat Allahyarham Haji Ahmad Bin Haji Jaafar. (1945-2013)



Terima Kasih Ayah...
Terima Kasih di atas segala-galanya...
Tunjuk ajar mu...
Kasih mu...
Nilai tawa mu...

Kau didik aku dengan caramu sendiri...
Marah mu buatkan aku berdiri...
Tanpamu hidup tidak beerti...

Selamat Hari Lahir untuk mu Ayah....

Al-Fatihah...



Tuesday, February 24, 2015

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU !!!!


Assalamualaikum W.B.T

Tepat Jam 8.00 pagi Hari Ahad 22/2/15 saya memulakan perjalanan menuju ke Shah Alam iaitu ke rumah sewa untuk mengemas barang-barang yang ada. Hari Isnin nak masuk daftar di Kolej dalam UKM semula tapi kecewanya apabila terpaksa menunggu hari esok baru boleh untuk mendaftar. Alasan yang diberikan oleh staff yang bertugas di Kolej Pendeta Zaba ialah masih banyak kekosongan bilik yang belum dipenuhkan oleh pelajar-pelajar Ijazah.

What??? Boleh macam itu. Maksudnya keutamaan kolej adalah untuk mereka. Pelajar Master macam kita ni kenalah tunggu giliran yang akhir-akhir agaknya. Tapi tak apalah. Hopefully esok dapat lah daftar masuk kolej sebab barang-barang dah banyak tumpang dekat bilik kawan. Segan pula kalau lama-lama tumpang barang.

Sebelum gerak balik haritu sempat selfie dengan Ibu. 2 kali Ibu peluk saya kuat-kuat. Pelukan kali kedua yang paling kuat sebab Ibu kata tak puas peluk epi. Saya salam dan cium Ibu puas-puas baru memulakan perjalanan pulang dan telah pun selamat sampai tempoh hari. Alhamdulillah. Terima Kasih Ibu. Epi Sayang Ibu!









Lagu nyanyian P.Ramlee untuk insan-insan yang bergelar ibu. Terimalah :

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Thursday, February 19, 2015

KESAN MEMAKAI INAI DI HARI PERKAHWINAN ????


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini merupakan Tahun Baru Cina bagi tahun 2015. Sebelum memulakan entry kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai & Xinnian Kuaile kepada sesiapa yang menyambut dan meraikan perayaan ini. Malam tadi cukup meriah dengan letupan mercun dan percikan bunga api di kawasan perumahan saya. Seronok tengok.

Baiklah, entry kali ini saya nak kongsikan pasal hobi dan minat seorang kenalan bowling saya di UiTM iaitu Umira atau sekarang ni dah boleh panggil beliau dengan panggilan Puan Umira. Pada mulanya saya hanya kenal beliau sekadar seteru sewaktu Kejohanan Bowling yang selalu berlangsung. Tapi, pada suatu hari tak ingat macam mana duduk semeja dengan beliau dan mula lah perbualan itu dan ini. Sewaktu itu saya dapat tahu yang Umira baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Paling seronok sekali bila saya dapat tahu beliau ada menjalankan business kecil-kecilan iaitu Henna By Umira. Decorate inai dekat tangan dan kaki bakal-bakal pengantin.

Bagi saya ianya sesuatu yang sangat menarik dek kerana pekerjaan atau minat ini memerlukan kelembutan, kesenian, kesabaran dan sebagainya untuk dilakukan. Bila mana saya lihat koleksi gambar pengantin yang Umira dah inaikan di instagram memang cukup-cukup teliti dan sangat cantik hasil tangan beliau. Hasil tangan yang boleh disamakan dengan Henna Artist yang professional. Sebab itu saya rasa beliau boleh pergi jauh kalau bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang diminati. Jom tengok beberapa koleksi hasil tangan Umira dulu.

























Macam mana? Cantik tak tangan dan kaki bila ada inai? Ini lah sebenarnya kesan apabila memakai inai di hari perkahwinan. Pengantin akan nampak bertambah serinya dengan corak-corak inai yang menarik. Bukan nampak menarik sahaja, tetapi menarik perhatian terhadap semua orang yang datang bertandang di hari bahagia pasangan pengantin.

Semua koleksi hasil tangan Umira ni saya ambil di Instagram beliau. Banyak lagi hasil tangan yang cantik-cantik dan pastinya akan menarik perhatian semua orang apabila melihatnya. Yang saya tahu, Umira sekarang ini dah mula untuk fokus terhadap Henna By Umira disebabkan beliau mempunyai masa yang terluang untuk diisi. Berkenaan dengan harga, boleh dikatakan sangat berpatutan dan tidak mahal. Sangat berbaloi!. Selain daripada menginai pengantin, beliau juga baru sahaja membuka perniagaan Pusat Kecantikan dan Spa di Kajang, Selangor. 

Di penghujung entry ini saya akan bagi butiran maklumat mengenai business beliau untuk memudahkan pembaca yang berminat untuk berurusan. Sebelum itu, pasti nya anda semua tertanya-tanya siapa Umira ni? Gambar di bawah ini adalah tuan punya badan yang saya ceritakan dari awal. Cantik manis orangnya. Tak lokek dengan senyuman. Puan Nur Umira sekarang ini sedang berbadan dua. Alhamdulillah. Moga beliau sentiasa ceria, maju jaya dan memperoleh kesihatan tubuh badan selalu dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. 




Perkhidmatan menginai dijalankan dikawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda jauh, mungkin boleh datang ke Pusat Spa beliau untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Di bawah ini adalah maklumat berkenaan beliau. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi beliau adalah melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Kepada sesiapa yang ingin mencuci mata dengan hasil tangan beliau bolehlah untuk follow akaun instagram beliau. Sekian sahaja entry kali ini, salam...




HENNA BY UMIRA
2-39, Jalan Kajang Impian 11/1,
Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Email: nurumiraarl@gmail.com

Whatsapp: +60143344407

Instagram: Hennabyumira






Tuesday, February 17, 2015

BERITA AJAIB, TERKEJUT SAMPAI PENGSAN ????


Assalamualaikum W.B.T



Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana sesungguhnya dia Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Mengetahui dan Maha segalanya. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah saya memperoleh keputusan yang baik bagi exam semester lepas iaitu 3.91 untuk Master in Sport Management. Apa yang telah Allah uji tempoh hari, kesakitan yang saya alami iaitu demam teruk yang berpanjangan selama hampir 3 minggu lamanya di musim peperiksaan lagi menunjukkan bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya dibiarkan begitu sahaja. 

Dulu, waktu awal melangkah masuk ke UKM dah terdetik dalam hati "Boleh ke aku belajar kat sini??". Ialah, manakan sama tempat belajar yang lama di UiTM dan di tempat baru. Hampir minggu kelapan rasanya masih tak dapat nak catch-up dengan pembelajaran dekat UKM. Gelisah, resah, gundah dan sebagainya ada. Jujur saya cakap, air mata pernah menitis disebabkan takut-takut kalau sampai minggu terakhir masih tak boleh nak adapt dengan suasana Master ni. Tapi syukur Alhamdulillah.

Bila sedih akan ada gembira, bila sakit akan ada sihatnya begitu juga bila berusaha akan ada hasilnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang saya buat sampaikan saya dapat hasil keputusan seperti ini. Walaupun waktu exam hampir setengah jam saya tertidur disebabkan sakit yang dialami, saya hanya pasrah dan buat sehabis yang saya mampu. Saya jangkakan untuk subjek tersebut iaitu Kaedah Pengajian 1 saya mungkin tidak akan score tapi ianya tidak berlaku,

Waktu keluar dari dewan peperiksaan saya cuba untuk mengawal perasaan daripada kawan-kawan supaya tak nampak yang saya "frust". Terima kasih kepada rakan kumpulan (Kak Aida, Tina, Shira) yang sentiasa buatkan saya tak rasa nak stress or frust dan sentiasa support each other. Mereka masih belum cek keputusan lagi disebabkan keputusan kena block macam saya tempoh hari. Semoga mereka dapat keputusan yang terbaik. InsyaAllah Amin.

Untuk semester depan saya bercadang untuk mengambil 5 subjek yang mungkin menjadi satu lagi cabaran besar untuk diri. Hopefully dapat buat sehabis baik untuk capai cita-cita disamping membanggakan ibu dan keluarga. Ini adalah untuk Ibu, keluarga serta semua insan yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya. Terima Kasih. Alhamdulillah sekali lagi.




Sunday, February 15, 2015

PELAJAR CEMERLANG UiTM PERLIS BERLAGAK????


Assalamualaikum W.B.T


2 hari yang lepas keputusan exam untuk UiTM dan UKM telahpun keluar. Saya sudah semestinya sangat excited nak tahu keputusan sendiri. Mana tak nya, keputusan pertama belajar di UKM kan. Sebelum ini belajar di UiTM tak terlalu takut sangat sebab dah biasa cara dan sistem belajar dekat sana. Waktu exam haritu tak dapat nak jawab sebaiknya disebabkan sakit demam yang panjang sampaikan waktu dalam dewan tu saya tertidur. Sedar dari tidur terus sambung jawab soalan dan kesannya tak cukup masa untuk jawab semua soalan. 

Nak dijadikan cerita, tepat jam 12 malam buka web SMP UKM untuk cek keputusan, tapi malangnya sistem tersekat disebabkan terlalu ramai pelajar UKM nak cek keputusan. Tapi mungkin saya bernasib baik sebab saya cuba buka web tersebut menggunakan safari Iphone. Berjaya! Tapi malangnya keputusan saya disekat disebabkan yuran pengajian tak selesai lagi then bayaran yuran kolej pun tertunggak. Yuran pengajian sepatutnya KPM selesaikan tapi ada salah faham sikit yang berlaku bila saya call haritu. Yuran kolej pula memang salah sendiri sebab lupa nak bayar.Terpaksa lah tunggu beberapa hari lagi baru boleh cek. Jadi buat sementara ini tak fikir langsung pasal keputusan. Buat-buat relax  je.

Malam keputusan tu dapat mesej dari seorang junior student degree sport science. Dia ni tak selalu pun jumpa tapi dia rajin mesej tanya macam cara mana nak perform study, about assignment dan sebagainya walaupun saya ni background sport management. Ingat lagi waktu awal-awal dia nak masuk degree, dia dah azam untuk nak dapat kan Anugerah Naib Canselor untuk pengajian degree dan apa yang berlaku dia berjaya! Tahniah Hafiz untuk kejayaan kamu.



Semalam pula dapat mesej dari dua orang junior (Asyril & Ajib). Mereka berdua ni memang saya dah anggap macam adik sendiri. Target mereka berdua juga tercapai untuk dapatkan Anugerah Naib Canselor dan 1st Class Degree. Tak sia-sia saya bagi nota-nota, buku-buku, nasihat dan sebagainya. Doa juga tak terkecuali. Hopefully diorang terus succes untuk perjuangan yang seterusnya...



Mesej diaorang ni saya cuma nak kongsi untuk tunjukkan bagaimana walaupun mereka dah berjaya dapat apa yang mereka nak capai, mereka sekali pun tak lupakan orang yang membantu mereka di belakang. Langsung tak sombong dan berlagak. Mendabik dada pun tidak. Sifat yang harus saya puji dan respect mereka-mereka ini. Saya hanya membantu sekadar yang mampu, cukup lah hanya doa dari kamu semua untuk doakan saya terus berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah Amin.


Hopefully mereka semua dapat teruskan pengajian seterusnya iaitu peringkat Master!


Saturday, February 14, 2015

ANDAMAN PALING MURAH DI KLUANG????


Assalamualaikum WBT...


Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai business andaman yang akak saya jalankan. Sebelum itu, sememangnya menjadi perkara biasa yang ada dalam diri segelintir orang melayu yang suka untuk mencemburui kejayaan atau kesenangan orang lain. Perkara ini berlaku terhadap akak saya dalam business andamannya.

Saya selalu ingatkan akak untuk terus kuat sebab business andaman yang dia jalankan pun hanyalah sekadar suka-suka disebabkan minat. Bukannya dijalankan di atas sebab kerja tetap atau pun ingin mencari keuntungan yang banyak. Akak saya dah ada kerja tetap yang kalau nak bercakap pasal gaji dia memang dah cukup-cukup sangat untuk dia dengan family. Walhal suami dia sendiri pun kerja dengan badan kerajaan.

Nak jadikan cerita, dekat Kluang ni memang banyak andaman-andaman yang kenakan harga mahal untuk perkhidmatan yang mereka sediakan. Sampaikan satu hari tu, ada seorang Mak Andam ni post dekat status facebook tidak berpuas hati bila mana ada pelanggannya yang membandingkan harga perkhidmatan yang disediakan dengan harga perkhidmatan andaman akak saya. 

Sebenarnya tak perlu lah nak marah-marah. Rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Akak saya buat business pun hanyalah sekadar suka-suka. Sebab tu boleh bagi harga yang murah dan akan cuba untuk puaskan hati pelanggan. Kalau nak diikutkan kefahaman saya, andaman lain terpaksa letakkan harga yang tinggi mungkin disebabkan itu adalah kerja utama yang mereka jalankan. Sebab tu kena caj tinggi-tinggi. Apa-apa pun jom cuci mata tengok solekan yang akak saya hasilkan untuk seorang pengantin ni =) 


















Banyak lagi gambar-gambar hasil sentuhan akak saya untuk saya kongsikan. Sebenarnya saya tak tahu nak post apa dekat blog, jadi cerita je lah pasa business dia. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui pakej-pakej murah yang ada di Andaman akak saya boleh hubungi beliau.Bukan sekadar murah, tapi insyaAllah akan cuba untuk puaskan hati!


Ezalint Bridal Kluang
Owner: Intan Azwani
Contact No: 012-7672675 / 019-7887557



Thursday, February 12, 2015

KEMUNCULAN SEMULA 2015


Assalamualikum WBT...

Welcome back to myself. Ayat yang sesuai untuk diucapkan dekat diri sendiri. Seperti kebanyakkan blogger yang lain, blog mereka pun ada yang dah bersawang macam blog ni. Tapi tak apalah, sempena tahun 2015 ini kita cuba untuk jadi aktif balik.

You go Epi! Kasi semangat sikit untuk diri sendiri. Untuk pengetahuan semua, previous post dah simpan baik-baik dan tak akan dipaparkan kerana semua itu adalah kenangan lama yang kalau boleh tak nak untuk dikenang semula. Perkara sudah berlalu biarkan ia terus berlalu, yang di sini teruskan memandang ke hadapan. InsyaAllah. Dengan azam baru, sekarang ini pun dah dalam mode pengajian yang jauh lebih mencabar, diri ini akan cuba untuk jadi lebih matang dan bersikap terbuka kepada apa jua. Doakan saya semua. Amin.



Aku yang dulu bukan lah yang sekarang. Focus ahead! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...