KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Friday, May 15, 2015

HARI KELUARGA GENERASI HJ AHMAD JAAFAR 2015


Assalamualaikum W.B.T

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana perancangan yang sekian lama dibuat akhirnya telah terlaksana. Hari Keluarga Generasi Hj Ahmad berjaya dijalankan pada tanggal 1 Mei sehingga 3 Mei 2015 bertempat di Port Dickson.

Sebenarnya, apabila mempunyai keluarga yang besar dan ramai, bukan mudah untuk semuanya dapat berkumpul bersama-sama dalam satu-satu masa. Setiap keluarga mempunya hal tersendiri bahkan komitmen masing-masing juga menjadikan kekangan untuk berkumpul. Perancangan untuk Hari Keluarga ini Epi dan Kak Ain telah bincangkan pada penghujung tahun 2014. 

Walaupun dah dirancang lama, masih ada yang tak dapat untuk turut serta disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, Hari Keluarga ini tetap dijalankan sebaiknya. Terima Kasih Epi ucapkan kepada semua akak-akak Epi yang sanggup luangkan masa untuk kita semua bersama-sama untuk beberapa hari. Arwah Ayah pasti gembira yang teramat sekiranya dia ada sekali bersama kita.

Kita sama-sama doakan Hari Keluarga Generasi Hj Ahmad dapat dijalankan tahun demi tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim kita sebagai satu keluarga. InsyaAllah, Amin. Epi kongsikan gambar-gambar yang ada sebagai kenangan kita semua. =')


Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :-

Bacaan Yassin dan Tahlil buat Arwah Hj Ahmad Bin Jaafar, Arwah Abg Nazri, Arwah Abg Syirhu dan Arwah Hj Musa






Aktiviti Sukaneka di Pantai






















Hari terakhir bergambar kenangan bersama-sama adik beradik






Semoga kita semua dapat berkumpul lagi seperti ini di lain masa. Epi sayang semua. Muahxx..


Friday, May 1, 2015

ANNUAL DINNER YU WANG GROUP - TEMA COWBOY


Assalamualaikum W.B.T

Akhirnya hari ini baru berkesempatan untuk update blog. Tengahari ini saya nak bergerak ke Port Dickson dari UKM Bangi untuk bersama-sama dengan yang lain bagi Hari Keluarga Generasi Haji Ahmad Jaafar. Sebelum bergerak saya nak kongsi cerita sedikit sewaktu dijemput menjadi Emcee untuk Majlis Makan Malam Tahunan Yuwang Group di Hotel Prime City, Kluang Johor.

Actually, dah 3 tahun termasuk kali ini saya dijemput menjadi Emcee. Mungkin sebab perangai yang gila-gila atas pentas kot buatkan mereka seronok dan continue jemput saya. ( Masuk bakul angkat sendiri). Jadi dekat sini saya kongsikan beberapa gambar kenangan sewaktu mengendalikan Majlis Makan Malam tersebut.


Company: Yuwang Group
Theme: Cowboy Era
Time: 7.30 PM - 11.00 PM
Venue: Prime City Hotel, Kluang









Antara staff-staff company yang mengenakan pakaian tema yang menarik.














Jadi kepada pembaca yang mungkin selepas ini akan mengikuti Majlis Makan Malam atau function-function lain yang perlu untuk mengenakan tema Cowboy, mungkin boleh ambil inspirasi dari mereka-mereka ini. Pakai tema Cowboy sememangnya menarik perhatian.

Selamat mendapat inspirasi semua. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...