KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

ACADEMIC VISIT :: BEIJING SPORT UNIVERSITY, CHINA 2015



Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ini khas saya nak kongsikan pengalaman ketika mengadakan Lawatan Sambil belajar ke Beijing Sport University (BSU). Persediaan keseluruhan dari aspek tempahan tiket kapal terbang, surat menyurat dan sebagainya mengambil masa selama 2 bulan lebih. Banyak pengalaman berharga untuk diri saya sendiri bertindak sebagai Setiausaha Program. Sebelum ini dah biasa dengan prosedur dan urusan pejabat di UiTM, tapi sekarang ini situasi yang berbeza apabila berada di UKM.

Kami mengadakan lawatan ke BSU pada hari Khamis bersamaan 4 Jun 2015 dan tiba di dalam kawasan BSU tepat jam 8.00 pagi dan terus dibawa ke bilik mesyuarat khas untuk sesi taklimat dan pengenalan. Rombongan kami terdiri daripada 29 orang Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang mengambil Kursus Kecergasan Jasmani Lanjutan di bawah  Pensyarah Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr Norlena Binti Salamuddin.

Wakil dari pihak BSU adalah Prof. Hua Yongmin merupakan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Luar Negeri menjadi pengantara di dalam bilik mesyuarat. Pada awalnya, tayangan Video durasi 12 minit ditayangkan bagi menunjukkan perkembangan dan sejarah BSU sejak universiti tersebut ditubuhkan. Kejayaan dan pencapaian yang diperoleh oleh pihak BSU turut ada di dalam tayangan.


Air minuman yang disediakan. Botol kecil ini sangat berguna untuk dibawa ke toilet.



Ketika taklimat dan sesi soal jawab berlangsung.



Kita selfie sikit yang kita duduk sebelah orang kuat BSU ni.



Selesai sesi taklimat dan soal jawab di bilik mesyuarat, kami semua dibawa ke Perpustakaan BSU bagi melihat situasi yang ada. Perpustakaan di BSU terdapat 4 aras. Dari segi pemerhatian saya, perpustakaan di BSU masih menggunakan tema zaman dulu-dulu macam di sekolah. Tak sama dengan Perpustakaan UKM dan UiTM yang moden. 



Prof. Hua menunjukkan koleksi jurnal yang telah dibuku kan.



Suasana di Perpustakaan BSU. Macam dekat sekolah-sekolah kan!



Selesai lawatan di Perpustakaan BSU, kami bergerak menuju ke Bangunan Pusat Kajian Sains Sukan. Dekat sini, apa yang diterangkan mengenai kemudahan yang ada adalah cukup-cukup baik dan terkini. Nak dibandingkan dengan Universiti di Malaysia, masih ketinggalan. BSU bukan sahaja melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang mampu menggapai Emas di Sukan Olimpik malah mampu untuk menghasilkan kajian-kajian yang bermanfaat untuk atlet-atlet mereka sendiri.




Berada di pintu masuk Pusat Penyelidikan Sains Sukan, BSU




Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang berjaya menjejakkan kaki ke sini.



Tokoh-tokoh akademik yang berjaya dalam kajian sains sukan yang dijalankan.



Koleksi jurnal-jurnal yang dihasilkan oleh warga BSU yang telah diterbitkan di peringkat Antarabangsa.



Kajian-kajian mengenai Hypoxia.



Taklimat mengenai kemudahan yang ada oleh pelajar degree BSU.












Bilik ini sangat istimewa kerana boleh diubah suhu mengikut suhu yang diperlukan. Terdapat lebih dari 15 bilik seperti ini di BSU.




Seterusnya kami dibawa ke Indoor Stadium yang complete ada kemudahan untuk training acara track & field. Sungguh-sungguh kagum! Sewaktu lawatan, atlet-atlet gimrama dan gimnastik sedang menjalankan latihan bersama jurulatih mereka.



Indoor Stadium yang membolehkan atlet berlatih di sini sewaktu hujan.



Kami bakal membawa perubahan terhadap sukan di Malaysia. InsyaAllah!



Tu tu tengok adik-adik kecil kat belakang sana tu!



Atlet-atlet gimnastik sedang berlatih bersama jurulatih mereka.















Hall of fame



Atlet-atlet yang berjaya meraih pingat Emas Olimpik



Ada lagi beberapa tempat lawatan yang dibawa oleh pihak BSU tapi saya tak sempat nak ambil gambar. Selesai melawat tempat-tempat yang terpilih yang ada di BSU, kamu dibawa ke Kedai Cenderahati BSU untuk membeli hadiah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, saya sendiri tak dapat nak gambarnya betapa kagumnya saya terhadap kemudahan yang ada di Universiti ini. Sememangnya saya sendiri tak pernah melihat kemudahan-kemudahan seperti ini di UKM mahu pun UiTM (mungkin sebab saya tak pernah pergi lagi kot). Apa yang saya boleh katakan ialah sekiranya kamu (pembaca) dapat peluang untuk pergi ke tempat orang, maka jawapannya pergilah. Biarlah kita keluarkan duit lebih sedikit tapi pengalaman yang dibawa pulang tu adalah sangat tidak ternilai.

Bila saya balik mengajar di UiTM tak lama lagi, saya akan cuba untuk bawa pelajar-pelajar saya pula melihat akan perbezaan yang ada di Malaysia dan di sini. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.



 Pengalaman berharga yang tak mungkin di lupa sampai bila-bila. Terima Kasih kepada Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr. Norlena Binti Salamudin diatas kesungguhan untuk membawa kami semua ke sini.


Akhir kata, saya tak menyesal keluarkan duit sendiri RM2600 untuk ke sini. Secara jujur, apa yang saya saksikan sendiri adalah cukup-cukup bermakna untuk dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia. Mungkin pengalaman yang ada ini boleh saya gunakan sewaktu saya mengajar di UiTM nanti, InsyaAllah.

Untuk makluman, BSU ada menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar luar negara. Kepada sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang. Rajin-rajinlah visit website BSU. Sesiapa yang dapat peluang belajar dekat sini pastinya beruntung sebab ada benda yang ada di sini tidak ada di Malaysia. Tidak mustahil lah Universiti ini mampu melahirkan lebih dari 10 orang atlet yang mampu mendapat pingat Emas di Temasya Sukan Olimpik sebelum ini. Tahniah dan Syabas!!




Thursday, February 19, 2015

KESAN MEMAKAI INAI DI HARI PERKAHWINAN ????


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini merupakan Tahun Baru Cina bagi tahun 2015. Sebelum memulakan entry kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai & Xinnian Kuaile kepada sesiapa yang menyambut dan meraikan perayaan ini. Malam tadi cukup meriah dengan letupan mercun dan percikan bunga api di kawasan perumahan saya. Seronok tengok.

Baiklah, entry kali ini saya nak kongsikan pasal hobi dan minat seorang kenalan bowling saya di UiTM iaitu Umira atau sekarang ni dah boleh panggil beliau dengan panggilan Puan Umira. Pada mulanya saya hanya kenal beliau sekadar seteru sewaktu Kejohanan Bowling yang selalu berlangsung. Tapi, pada suatu hari tak ingat macam mana duduk semeja dengan beliau dan mula lah perbualan itu dan ini. Sewaktu itu saya dapat tahu yang Umira baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Paling seronok sekali bila saya dapat tahu beliau ada menjalankan business kecil-kecilan iaitu Henna By Umira. Decorate inai dekat tangan dan kaki bakal-bakal pengantin.

Bagi saya ianya sesuatu yang sangat menarik dek kerana pekerjaan atau minat ini memerlukan kelembutan, kesenian, kesabaran dan sebagainya untuk dilakukan. Bila mana saya lihat koleksi gambar pengantin yang Umira dah inaikan di instagram memang cukup-cukup teliti dan sangat cantik hasil tangan beliau. Hasil tangan yang boleh disamakan dengan Henna Artist yang professional. Sebab itu saya rasa beliau boleh pergi jauh kalau bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang diminati. Jom tengok beberapa koleksi hasil tangan Umira dulu.

























Macam mana? Cantik tak tangan dan kaki bila ada inai? Ini lah sebenarnya kesan apabila memakai inai di hari perkahwinan. Pengantin akan nampak bertambah serinya dengan corak-corak inai yang menarik. Bukan nampak menarik sahaja, tetapi menarik perhatian terhadap semua orang yang datang bertandang di hari bahagia pasangan pengantin.

Semua koleksi hasil tangan Umira ni saya ambil di Instagram beliau. Banyak lagi hasil tangan yang cantik-cantik dan pastinya akan menarik perhatian semua orang apabila melihatnya. Yang saya tahu, Umira sekarang ini dah mula untuk fokus terhadap Henna By Umira disebabkan beliau mempunyai masa yang terluang untuk diisi. Berkenaan dengan harga, boleh dikatakan sangat berpatutan dan tidak mahal. Sangat berbaloi!. Selain daripada menginai pengantin, beliau juga baru sahaja membuka perniagaan Pusat Kecantikan dan Spa di Kajang, Selangor. 

Di penghujung entry ini saya akan bagi butiran maklumat mengenai business beliau untuk memudahkan pembaca yang berminat untuk berurusan. Sebelum itu, pasti nya anda semua tertanya-tanya siapa Umira ni? Gambar di bawah ini adalah tuan punya badan yang saya ceritakan dari awal. Cantik manis orangnya. Tak lokek dengan senyuman. Puan Nur Umira sekarang ini sedang berbadan dua. Alhamdulillah. Moga beliau sentiasa ceria, maju jaya dan memperoleh kesihatan tubuh badan selalu dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. 




Perkhidmatan menginai dijalankan dikawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda jauh, mungkin boleh datang ke Pusat Spa beliau untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Di bawah ini adalah maklumat berkenaan beliau. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi beliau adalah melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Kepada sesiapa yang ingin mencuci mata dengan hasil tangan beliau bolehlah untuk follow akaun instagram beliau. Sekian sahaja entry kali ini, salam...




HENNA BY UMIRA
2-39, Jalan Kajang Impian 11/1,
Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Email: nurumiraarl@gmail.com

Whatsapp: +60143344407

Instagram: Hennabyumira






Tuesday, February 17, 2015

BERITA AJAIB, TERKEJUT SAMPAI PENGSAN ????


Assalamualaikum W.B.T



Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana sesungguhnya dia Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Mengetahui dan Maha segalanya. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah saya memperoleh keputusan yang baik bagi exam semester lepas iaitu 3.91 untuk Master in Sport Management. Apa yang telah Allah uji tempoh hari, kesakitan yang saya alami iaitu demam teruk yang berpanjangan selama hampir 3 minggu lamanya di musim peperiksaan lagi menunjukkan bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya dibiarkan begitu sahaja. 

Dulu, waktu awal melangkah masuk ke UKM dah terdetik dalam hati "Boleh ke aku belajar kat sini??". Ialah, manakan sama tempat belajar yang lama di UiTM dan di tempat baru. Hampir minggu kelapan rasanya masih tak dapat nak catch-up dengan pembelajaran dekat UKM. Gelisah, resah, gundah dan sebagainya ada. Jujur saya cakap, air mata pernah menitis disebabkan takut-takut kalau sampai minggu terakhir masih tak boleh nak adapt dengan suasana Master ni. Tapi syukur Alhamdulillah.

Bila sedih akan ada gembira, bila sakit akan ada sihatnya begitu juga bila berusaha akan ada hasilnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang saya buat sampaikan saya dapat hasil keputusan seperti ini. Walaupun waktu exam hampir setengah jam saya tertidur disebabkan sakit yang dialami, saya hanya pasrah dan buat sehabis yang saya mampu. Saya jangkakan untuk subjek tersebut iaitu Kaedah Pengajian 1 saya mungkin tidak akan score tapi ianya tidak berlaku,

Waktu keluar dari dewan peperiksaan saya cuba untuk mengawal perasaan daripada kawan-kawan supaya tak nampak yang saya "frust". Terima kasih kepada rakan kumpulan (Kak Aida, Tina, Shira) yang sentiasa buatkan saya tak rasa nak stress or frust dan sentiasa support each other. Mereka masih belum cek keputusan lagi disebabkan keputusan kena block macam saya tempoh hari. Semoga mereka dapat keputusan yang terbaik. InsyaAllah Amin.

Untuk semester depan saya bercadang untuk mengambil 5 subjek yang mungkin menjadi satu lagi cabaran besar untuk diri. Hopefully dapat buat sehabis baik untuk capai cita-cita disamping membanggakan ibu dan keluarga. Ini adalah untuk Ibu, keluarga serta semua insan yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya. Terima Kasih. Alhamdulillah sekali lagi.




Sunday, February 15, 2015

PELAJAR CEMERLANG UiTM PERLIS BERLAGAK????


Assalamualaikum W.B.T


2 hari yang lepas keputusan exam untuk UiTM dan UKM telahpun keluar. Saya sudah semestinya sangat excited nak tahu keputusan sendiri. Mana tak nya, keputusan pertama belajar di UKM kan. Sebelum ini belajar di UiTM tak terlalu takut sangat sebab dah biasa cara dan sistem belajar dekat sana. Waktu exam haritu tak dapat nak jawab sebaiknya disebabkan sakit demam yang panjang sampaikan waktu dalam dewan tu saya tertidur. Sedar dari tidur terus sambung jawab soalan dan kesannya tak cukup masa untuk jawab semua soalan. 

Nak dijadikan cerita, tepat jam 12 malam buka web SMP UKM untuk cek keputusan, tapi malangnya sistem tersekat disebabkan terlalu ramai pelajar UKM nak cek keputusan. Tapi mungkin saya bernasib baik sebab saya cuba buka web tersebut menggunakan safari Iphone. Berjaya! Tapi malangnya keputusan saya disekat disebabkan yuran pengajian tak selesai lagi then bayaran yuran kolej pun tertunggak. Yuran pengajian sepatutnya KPM selesaikan tapi ada salah faham sikit yang berlaku bila saya call haritu. Yuran kolej pula memang salah sendiri sebab lupa nak bayar.Terpaksa lah tunggu beberapa hari lagi baru boleh cek. Jadi buat sementara ini tak fikir langsung pasal keputusan. Buat-buat relax  je.

Malam keputusan tu dapat mesej dari seorang junior student degree sport science. Dia ni tak selalu pun jumpa tapi dia rajin mesej tanya macam cara mana nak perform study, about assignment dan sebagainya walaupun saya ni background sport management. Ingat lagi waktu awal-awal dia nak masuk degree, dia dah azam untuk nak dapat kan Anugerah Naib Canselor untuk pengajian degree dan apa yang berlaku dia berjaya! Tahniah Hafiz untuk kejayaan kamu.



Semalam pula dapat mesej dari dua orang junior (Asyril & Ajib). Mereka berdua ni memang saya dah anggap macam adik sendiri. Target mereka berdua juga tercapai untuk dapatkan Anugerah Naib Canselor dan 1st Class Degree. Tak sia-sia saya bagi nota-nota, buku-buku, nasihat dan sebagainya. Doa juga tak terkecuali. Hopefully diorang terus succes untuk perjuangan yang seterusnya...



Mesej diaorang ni saya cuma nak kongsi untuk tunjukkan bagaimana walaupun mereka dah berjaya dapat apa yang mereka nak capai, mereka sekali pun tak lupakan orang yang membantu mereka di belakang. Langsung tak sombong dan berlagak. Mendabik dada pun tidak. Sifat yang harus saya puji dan respect mereka-mereka ini. Saya hanya membantu sekadar yang mampu, cukup lah hanya doa dari kamu semua untuk doakan saya terus berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah Amin.


Hopefully mereka semua dapat teruskan pengajian seterusnya iaitu peringkat Master!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...