KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Sunday, June 14, 2015

ACADEMIC VISIT :: BEIJING SPORT UNIVERSITY, CHINA 2015



Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ini khas saya nak kongsikan pengalaman ketika mengadakan Lawatan Sambil belajar ke Beijing Sport University (BSU). Persediaan keseluruhan dari aspek tempahan tiket kapal terbang, surat menyurat dan sebagainya mengambil masa selama 2 bulan lebih. Banyak pengalaman berharga untuk diri saya sendiri bertindak sebagai Setiausaha Program. Sebelum ini dah biasa dengan prosedur dan urusan pejabat di UiTM, tapi sekarang ini situasi yang berbeza apabila berada di UKM.

Kami mengadakan lawatan ke BSU pada hari Khamis bersamaan 4 Jun 2015 dan tiba di dalam kawasan BSU tepat jam 8.00 pagi dan terus dibawa ke bilik mesyuarat khas untuk sesi taklimat dan pengenalan. Rombongan kami terdiri daripada 29 orang Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang mengambil Kursus Kecergasan Jasmani Lanjutan di bawah  Pensyarah Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr Norlena Binti Salamuddin.

Wakil dari pihak BSU adalah Prof. Hua Yongmin merupakan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Luar Negeri menjadi pengantara di dalam bilik mesyuarat. Pada awalnya, tayangan Video durasi 12 minit ditayangkan bagi menunjukkan perkembangan dan sejarah BSU sejak universiti tersebut ditubuhkan. Kejayaan dan pencapaian yang diperoleh oleh pihak BSU turut ada di dalam tayangan.


Air minuman yang disediakan. Botol kecil ini sangat berguna untuk dibawa ke toilet.



Ketika taklimat dan sesi soal jawab berlangsung.



Kita selfie sikit yang kita duduk sebelah orang kuat BSU ni.



Selesai sesi taklimat dan soal jawab di bilik mesyuarat, kami semua dibawa ke Perpustakaan BSU bagi melihat situasi yang ada. Perpustakaan di BSU terdapat 4 aras. Dari segi pemerhatian saya, perpustakaan di BSU masih menggunakan tema zaman dulu-dulu macam di sekolah. Tak sama dengan Perpustakaan UKM dan UiTM yang moden. 



Prof. Hua menunjukkan koleksi jurnal yang telah dibuku kan.



Suasana di Perpustakaan BSU. Macam dekat sekolah-sekolah kan!



Selesai lawatan di Perpustakaan BSU, kami bergerak menuju ke Bangunan Pusat Kajian Sains Sukan. Dekat sini, apa yang diterangkan mengenai kemudahan yang ada adalah cukup-cukup baik dan terkini. Nak dibandingkan dengan Universiti di Malaysia, masih ketinggalan. BSU bukan sahaja melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang mampu menggapai Emas di Sukan Olimpik malah mampu untuk menghasilkan kajian-kajian yang bermanfaat untuk atlet-atlet mereka sendiri.




Berada di pintu masuk Pusat Penyelidikan Sains Sukan, BSU




Pelajar Sarjana Pengurusan Sukan yang berjaya menjejakkan kaki ke sini.



Tokoh-tokoh akademik yang berjaya dalam kajian sains sukan yang dijalankan.



Koleksi jurnal-jurnal yang dihasilkan oleh warga BSU yang telah diterbitkan di peringkat Antarabangsa.



Kajian-kajian mengenai Hypoxia.



Taklimat mengenai kemudahan yang ada oleh pelajar degree BSU.












Bilik ini sangat istimewa kerana boleh diubah suhu mengikut suhu yang diperlukan. Terdapat lebih dari 15 bilik seperti ini di BSU.




Seterusnya kami dibawa ke Indoor Stadium yang complete ada kemudahan untuk training acara track & field. Sungguh-sungguh kagum! Sewaktu lawatan, atlet-atlet gimrama dan gimnastik sedang menjalankan latihan bersama jurulatih mereka.



Indoor Stadium yang membolehkan atlet berlatih di sini sewaktu hujan.



Kami bakal membawa perubahan terhadap sukan di Malaysia. InsyaAllah!



Tu tu tengok adik-adik kecil kat belakang sana tu!



Atlet-atlet gimnastik sedang berlatih bersama jurulatih mereka.















Hall of fame



Atlet-atlet yang berjaya meraih pingat Emas Olimpik



Ada lagi beberapa tempat lawatan yang dibawa oleh pihak BSU tapi saya tak sempat nak ambil gambar. Selesai melawat tempat-tempat yang terpilih yang ada di BSU, kamu dibawa ke Kedai Cenderahati BSU untuk membeli hadiah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, saya sendiri tak dapat nak gambarnya betapa kagumnya saya terhadap kemudahan yang ada di Universiti ini. Sememangnya saya sendiri tak pernah melihat kemudahan-kemudahan seperti ini di UKM mahu pun UiTM (mungkin sebab saya tak pernah pergi lagi kot). Apa yang saya boleh katakan ialah sekiranya kamu (pembaca) dapat peluang untuk pergi ke tempat orang, maka jawapannya pergilah. Biarlah kita keluarkan duit lebih sedikit tapi pengalaman yang dibawa pulang tu adalah sangat tidak ternilai.

Bila saya balik mengajar di UiTM tak lama lagi, saya akan cuba untuk bawa pelajar-pelajar saya pula melihat akan perbezaan yang ada di Malaysia dan di sini. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.



 Pengalaman berharga yang tak mungkin di lupa sampai bila-bila. Terima Kasih kepada Dr. Mohd Taib Bin Harun dan Dr. Norlena Binti Salamudin diatas kesungguhan untuk membawa kami semua ke sini.


Akhir kata, saya tak menyesal keluarkan duit sendiri RM2600 untuk ke sini. Secara jujur, apa yang saya saksikan sendiri adalah cukup-cukup bermakna untuk dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia. Mungkin pengalaman yang ada ini boleh saya gunakan sewaktu saya mengajar di UiTM nanti, InsyaAllah.

Untuk makluman, BSU ada menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar luar negara. Kepada sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang. Rajin-rajinlah visit website BSU. Sesiapa yang dapat peluang belajar dekat sini pastinya beruntung sebab ada benda yang ada di sini tidak ada di Malaysia. Tidak mustahil lah Universiti ini mampu melahirkan lebih dari 10 orang atlet yang mampu mendapat pingat Emas di Temasya Sukan Olimpik sebelum ini. Tahniah dan Syabas!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...