Assalamualaikum W.B.T
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana perancangan yang sekian lama dibuat akhirnya telah terlaksana. Hari Keluarga Generasi Hj Ahmad berjaya dijalankan pada tanggal 1 Mei sehingga 3 Mei 2015 bertempat di Port Dickson.
Sebenarnya, apabila mempunyai keluarga yang besar dan ramai, bukan mudah untuk semuanya dapat berkumpul bersama-sama dalam satu-satu masa. Setiap keluarga mempunya hal tersendiri bahkan komitmen masing-masing juga menjadikan kekangan untuk berkumpul. Perancangan untuk Hari Keluarga ini Epi dan Kak Ain telah bincangkan pada penghujung tahun 2014.
Walaupun dah dirancang lama, masih ada yang tak dapat untuk turut serta disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, Hari Keluarga ini tetap dijalankan sebaiknya. Terima Kasih Epi ucapkan kepada semua akak-akak Epi yang sanggup luangkan masa untuk kita semua bersama-sama untuk beberapa hari. Arwah Ayah pasti gembira yang teramat sekiranya dia ada sekali bersama kita.
Kita sama-sama doakan Hari Keluarga Generasi Hj Ahmad dapat dijalankan tahun demi tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim kita sebagai satu keluarga. InsyaAllah, Amin. Epi kongsikan gambar-gambar yang ada sebagai kenangan kita semua. =')
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :-
Bacaan Yassin dan Tahlil buat Arwah Hj Ahmad Bin Jaafar, Arwah Abg Nazri, Arwah Abg Syirhu dan Arwah Hj Musa
Aktiviti Sukaneka di Pantai
Hari terakhir bergambar kenangan bersama-sama adik beradik
Semoga kita semua dapat berkumpul lagi seperti ini di lain masa. Epi sayang semua. Muahxx..
1 comment:
meriahnya.. syokkan dpt berkumpul ramai2 nak2 yg dh lama xjumpa 2...
Post a Comment