KLIK iklan ni untuk dapat pahala lebih sebab tolong aku =)

Tuesday, March 3, 2015

PENSYARAH TAMPAN MENARIK PERHATIAN PELAJAR !!!!


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini terbaca satu artikel yang agak menarik berkaitan dengan seorang jejaka yang bekerja sebagai Pensyarah mampu untuk membuatkan pelajar kelas nya tidak pernah untuk miss terutama sekali dari kalangan pelajar perempuan. Mana tidaknya, pensyarah ini sememangnya kacak. Model yang dikenalpasti oleh Giorgio Armani sewaktu berumur 6 tahun. Patut lah..... 














Apa macam? Tergoda tak para gadis di luar sana? Tak kelip mata kan? Ini lah dia orang nya.Pietro Bosell yang baru berumur 25 tahun sama macam saya. Umur sama, tapi fizikal tidak. Saya kena pergi work out dekat gym sokmo ni. Baru lah terlajak laris....Berangan lagi....

Memandangkan prospek kerjaya saya yang akan datang adalah sebagai seorang Pensyarah (InsyaAllah), maka saya perlu untuk menjadi seorang yang tampan? Berangan. Saya akan jadi diri saya sendiri. Inilah saya anugerah dari illahi. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang saya akan cuba buat adalah gunakan teknik pengajaran yang seronok untuk pelajar tak bosan. Saya juga pelajar universiti dulu dan sekarang ini. Pensyarah membosankan, pelajar memang malas nak datang kelas. Tapi saya dulu lecturer membosankan atau tidak,  saya tak pernah missed kelas. Baru boleh cemerlang. InsyaAllah.


Photos: Google Sources



Saturday, February 28, 2015

CORETAN RINGKAS BUAT MU AYAH !!!!


Assalamualaikum W.B.T

Sebelum memulakan entry kali ini, diharap kepada pembaca semua dapat membacakan surah Al-Fatihah dan disedekahkan kepada arwah bapa dan arwah abang saya iaitu Allahyarham Haji Ahmad Bin Haji Jaafar yang telah pun meninggal dunia 2 tahun yang lepas iaitu seminggu selepas perginya Allahyarham Haji Musa Bin Ahmad ke rahmatullah.

Sebenarnya dari awal pagi tadi saya nak menulis coretan ringkas buat arwah Ayah saya. Ya! saya tahu dia pasti tidak dapat membaca dan mengetahui apa yang saya tulis untuknya, tapi cukuplah coretan ini dijadikan kenangan manis untuk diri saya dan mungkin berguna untuk orang lain yang menghadapi situasi yang sama.

Semalam adalah hari lahir arwah Ayah. Ramai adik-beradik saya yang post di ruangan facebook mereka tentang kerinduan dan kesedihan yang ada terhadap arwah Ayah. Lagikan semalam merupakan ulang tahun kelahirannya. Pasti amat terasa kerana setiap tahun adik-beradik saya tidak terlepas untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada arwah Ayah sama ada melalui panggilan telefon ataupun sms. Sudah 2 tahun rutin tahunan kami semua sudah tiada lagi. Hanya kenangan yang ada mampu mengimbau keadaan sebelum ini.

Saya tahu setiap awal tahun arwah Ayah mempunyai azam dan hasrat yang ingin dicapai. Begitu juga apabila tibanya ulang tahun kelahiran. Harapan arwah Ayah yang paling besar adalah untuk menyatukan keluarnya yang besar ini untuk menjadi keluarga contoh yang cemerlang. Arwah Ayah pergi dengan meninggalkan 13 orang anak (3 orang lagi telah meninggal dunia). Saya cukup bersyukur kerana sejak dari kecil kami semuanya rapat walaupun tinggal berasingan rumah. Berkumpul beramai-ramai apabila tibanya hari mulia, begitu juga hari-hari yang lain.

Tak lama lagi, sekiranya diizinkan Allah SWT kami semua satu keluarga besar akan bercuti bersama untuk Family Day di Port Dickson. Menarik kan! Sangat teruja untuk berkumpul beramai-ramai dengan semua adik-beradik yang lain. Sekiranya arwah Ayah ada lagi, saya yakin dia akan gembira melihat apa yang berlaku dalam keluarganya.



"Ayah! Ayah tak perlu risau. Kami semua akan  sentiasa ingat harapan Ayah terhadap keluarga. Kami semua anak Ayah. Ayah jangan risau ye!"

Teringin sangat untuk mengungkapkan kata-kata ini kepada arwah Ayah. Tapi saya kena tahu, realitinya arwah Ayah sudah tiada. Fuhhhh... Tak tertanggung air mata ni.... Jujur saya katakan, saya tak menangis langsung sewaktu arwah Ayah pergi disebabkan waktu itu saya memang redha akan pemergiannya. Seminggu sebelum arwah Ayah pergi saya dapat pelukan yang cukup erat dari arwah Ayah. Waktu itu saya ingat kata-kata terakhir dari dia...

"Epi...Jaga diri baik-baik ye...Belajar elok-elok..."

Ungkapan ini sudah cukup buat diri saya menangis ketika menulis entry ini. Ya Allah....Tak tertanggung rasa hati ini. Arwah Ayah tak pernah peluk saya seperti itu selama ini...dan rupa-rupanya itu adalah pelukan yang pertama dan terakhir dari dia........Ayah! Epi rasa rindu sekarang ni dekat Ayah..Walaupun dulu Epi tak suka Ayah sebab kena pukul, kena marah.. Tapi Ayah buat semua tu ada sebab...Kalau Ayah tak buat semua tu, Epi tak ada dekat tempat yang Epi ada sekarang ni.. Maafkan Epi ye Ayah!

Nak berkongsi cerita yang panjang tapi tak mampu. Sedih, pilu, rindu semuanya ada. Cuma apa yang saya nak sampaikan dekat sini, hargailah ibubapa kita yang masih ada. Bila mereka dah tiada, kita tak akan mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Hanya doa sahaja dapat kita sampaikan kepada mereka. Saya tak banyak gambar bersama arwah Ayah. Gambar di bawah ini jelas menunjukkan muka arwah Ayah yang gembira dengan kejayaan saya. Apa-apa pun terima kasih Ayah, tiada Ayah! tiadalah saya di dunia ini. AL-FATIHAH buat Allahyarham Haji Ahmad Bin Haji Jaafar. (1945-2013)



Terima Kasih Ayah...
Terima Kasih di atas segala-galanya...
Tunjuk ajar mu...
Kasih mu...
Nilai tawa mu...

Kau didik aku dengan caramu sendiri...
Marah mu buatkan aku berdiri...
Tanpamu hidup tidak beerti...

Selamat Hari Lahir untuk mu Ayah....

Al-Fatihah...



Tuesday, February 24, 2015

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU !!!!


Assalamualaikum W.B.T

Tepat Jam 8.00 pagi Hari Ahad 22/2/15 saya memulakan perjalanan menuju ke Shah Alam iaitu ke rumah sewa untuk mengemas barang-barang yang ada. Hari Isnin nak masuk daftar di Kolej dalam UKM semula tapi kecewanya apabila terpaksa menunggu hari esok baru boleh untuk mendaftar. Alasan yang diberikan oleh staff yang bertugas di Kolej Pendeta Zaba ialah masih banyak kekosongan bilik yang belum dipenuhkan oleh pelajar-pelajar Ijazah.

What??? Boleh macam itu. Maksudnya keutamaan kolej adalah untuk mereka. Pelajar Master macam kita ni kenalah tunggu giliran yang akhir-akhir agaknya. Tapi tak apalah. Hopefully esok dapat lah daftar masuk kolej sebab barang-barang dah banyak tumpang dekat bilik kawan. Segan pula kalau lama-lama tumpang barang.

Sebelum gerak balik haritu sempat selfie dengan Ibu. 2 kali Ibu peluk saya kuat-kuat. Pelukan kali kedua yang paling kuat sebab Ibu kata tak puas peluk epi. Saya salam dan cium Ibu puas-puas baru memulakan perjalanan pulang dan telah pun selamat sampai tempoh hari. Alhamdulillah. Terima Kasih Ibu. Epi Sayang Ibu!









Lagu nyanyian P.Ramlee untuk insan-insan yang bergelar ibu. Terimalah :

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Thursday, February 19, 2015

KESAN MEMAKAI INAI DI HARI PERKAHWINAN ????


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini merupakan Tahun Baru Cina bagi tahun 2015. Sebelum memulakan entry kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai & Xinnian Kuaile kepada sesiapa yang menyambut dan meraikan perayaan ini. Malam tadi cukup meriah dengan letupan mercun dan percikan bunga api di kawasan perumahan saya. Seronok tengok.

Baiklah, entry kali ini saya nak kongsikan pasal hobi dan minat seorang kenalan bowling saya di UiTM iaitu Umira atau sekarang ni dah boleh panggil beliau dengan panggilan Puan Umira. Pada mulanya saya hanya kenal beliau sekadar seteru sewaktu Kejohanan Bowling yang selalu berlangsung. Tapi, pada suatu hari tak ingat macam mana duduk semeja dengan beliau dan mula lah perbualan itu dan ini. Sewaktu itu saya dapat tahu yang Umira baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Paling seronok sekali bila saya dapat tahu beliau ada menjalankan business kecil-kecilan iaitu Henna By Umira. Decorate inai dekat tangan dan kaki bakal-bakal pengantin.

Bagi saya ianya sesuatu yang sangat menarik dek kerana pekerjaan atau minat ini memerlukan kelembutan, kesenian, kesabaran dan sebagainya untuk dilakukan. Bila mana saya lihat koleksi gambar pengantin yang Umira dah inaikan di instagram memang cukup-cukup teliti dan sangat cantik hasil tangan beliau. Hasil tangan yang boleh disamakan dengan Henna Artist yang professional. Sebab itu saya rasa beliau boleh pergi jauh kalau bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang diminati. Jom tengok beberapa koleksi hasil tangan Umira dulu.

























Macam mana? Cantik tak tangan dan kaki bila ada inai? Ini lah sebenarnya kesan apabila memakai inai di hari perkahwinan. Pengantin akan nampak bertambah serinya dengan corak-corak inai yang menarik. Bukan nampak menarik sahaja, tetapi menarik perhatian terhadap semua orang yang datang bertandang di hari bahagia pasangan pengantin.

Semua koleksi hasil tangan Umira ni saya ambil di Instagram beliau. Banyak lagi hasil tangan yang cantik-cantik dan pastinya akan menarik perhatian semua orang apabila melihatnya. Yang saya tahu, Umira sekarang ini dah mula untuk fokus terhadap Henna By Umira disebabkan beliau mempunyai masa yang terluang untuk diisi. Berkenaan dengan harga, boleh dikatakan sangat berpatutan dan tidak mahal. Sangat berbaloi!. Selain daripada menginai pengantin, beliau juga baru sahaja membuka perniagaan Pusat Kecantikan dan Spa di Kajang, Selangor. 

Di penghujung entry ini saya akan bagi butiran maklumat mengenai business beliau untuk memudahkan pembaca yang berminat untuk berurusan. Sebelum itu, pasti nya anda semua tertanya-tanya siapa Umira ni? Gambar di bawah ini adalah tuan punya badan yang saya ceritakan dari awal. Cantik manis orangnya. Tak lokek dengan senyuman. Puan Nur Umira sekarang ini sedang berbadan dua. Alhamdulillah. Moga beliau sentiasa ceria, maju jaya dan memperoleh kesihatan tubuh badan selalu dan memperoleh rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. 




Perkhidmatan menginai dijalankan dikawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda jauh, mungkin boleh datang ke Pusat Spa beliau untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Di bawah ini adalah maklumat berkenaan beliau. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi beliau adalah melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Kepada sesiapa yang ingin mencuci mata dengan hasil tangan beliau bolehlah untuk follow akaun instagram beliau. Sekian sahaja entry kali ini, salam...




HENNA BY UMIRA
2-39, Jalan Kajang Impian 11/1,
Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Email: nurumiraarl@gmail.com

Whatsapp: +60143344407

Instagram: Hennabyumira






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...